Terkedu aku pada sapaan memori lalu
Mula menerjah di ruang fikiranku
Bayangan dosa silam mengusik hati
Tanpa sempatku bendungi lagi
Kusering tertanya adakah derita tiada hujungnya
Apakah airmata tiada ertinya
Mengapa harus aku terleka dan jua alpa
Bahawa dunia sementara cuma
Sekian lama aku meniti bara-bara dunia
Mencari segenggam rahmat sinaran iman
Di celah tadahan doa jua amalan diri
Agar hidup matiku hanyalah untukMu
Terima kasih tuhan Yang Maha Pengasih
Di atas rahmatMu yang Kau limpahkan
Bagaimana harus aku untuk membalasnya
Tanda cintaku kepadaMu Kau kekasih hati
Semogaku temui sinaran suci
Di sebalik onak duri tajam menikam
Biar pun luka kasih terpisah darah mengalir pekat
Selamanya akan ku capainya jua
Keimanan ketaqwaanku
Lemah tiada berdaya
Selaut kasihMu akan ku tadah
Biar pun diriku terasa hina
Engkau Yang Maha Pengasih
Engkau Yang Maha Penyayang
Hamba datang mohon pertolongan
Terima dari segala taubat
Lagu ni sangat menyentuh hati...x tau kenapa setiap kali dengar, rasa seolah-olah sedang berbicara dengan Nya...
Semoga Allah sentiasa pegang hati-hati kita..
No comments:
Post a Comment