Thursday, 5 July 2012

Bismillah..

Officialy dilantik sebagai salah satu penggerak student club. Bukan lah permintaan aku untuk memegang mana-mana jawatan. Apa yang lebih aku prefer adalah untuk stay mejadi diri sendiri, berada didalam kepompong berdiam diri. Bimbang sekali andai timbul fitnah setelah pelatikan ini. Aku dan Allah tahu kemampuan diri aku. Tapi yang sebenar-benarnya, Allah lebih mengetahuinya, sedang aku tidak tahu apa-apa. Akan tetapi, perancangan Allah itu lebih rapi dan teliti. Pasti ada hikmah nya! Pasti! Firman Allah, "Bukanlah tangan kamu yang melempar, tetapi tangan Allah yang melempar." Maka, didiklah diri agar sentiasa percaya dan yakin, bahawa setiap apa yang berlaku, pasti ada yang Allah ingin ajarkan sesuatu padamu. Mungkin kesannya pada masa kini tidak dapat diteliti. Namun, di masa hadapan, pasti kita sedari.

Kadang-kadang, manusia dipagut rasa sayang terhadap sahabatnya apabila timbul didalam hati mereka rasa dengki dan iri hati terhadap sesama sendiri. Mereka terkadang merasa tergugat. "kenapa mesti dia?" "kenapa bukan aku?". Soalan manifestasi diri.

No comments:

Post a Comment